Komen Kau

leave ur words or comments here. and oww don't forget ur link so i can reply u back. tc. :)

Tulislah apapun, privacy anda dijaga.

Friday, January 18, 2013

REVIEW : Skrub Aprikot Safi Balqis Perfect 10

Assalamualaikum....

Right, this time aku nak buat review pencuci muka lagi. tak cakap banyak sebab aku tak guna lama pun produk ni. tak sampai setengah tiub tu aku dah stop guna. want to know why?

aku pergi guardian, belek-belek produk ni pastu terus grab sebab suka dengan bau dia. gives kind of calming mood. yang ni aku boleh bagi 8.5/10. packaging pun agak menarik disebabkan design tiub tu and warna yang agak comel. tapi malangnya, tiada terjual untuk tiub tester or tiub kecik bagi pengguna yang sekadar mahu mencuba. so, terpaksa beli tiub besar dengan harga RM12+.


first wash, ok ok laa. tak berbuih dan the beads kecik2 and tak sakit. but avoid your pimples area.
aku guna produk ni hampir 2 minggu. lepas tu aku stop. serius, aku tak nampak any positive effects on my face. no brightening, no soothing. mungkin ada la jugak sel kulit mati aku yang tertanggal, siapa nampak?

aku expect Safi Apricot ni boleh bagi a total clean face after rinse, macam pencuci skrub muka yang pernah aku guna. tapi sepatutnya, anda perlu mencuci muka terlebih dahulu kemudian baru pakai pencuci skrub ni. most scrub are like this. tapi ada jugak yang tak perlu nak buat kerja banyak kali, basuh muka sekali dengan skrub pun dah cukup. so it is not like what i have expected. akhirnya, hanya jadi pameran.

yes, ini adalah review bagi penggunaan yang agak singkat. so you guys can keep searching for long wearing users yang mungkin boleh bagi positive feedbacks untuk produk ni.
i'm not offending any of this scrub users or users soon to be. its up to u. (:

rating : 6/10
repurchase? a big NO. 

Saturday, June 23, 2012

REVIEW : Hiruscar

Assalamualaikum.....

for this entry, aku nak review produk Hiruscar. korang pernah cuba tak produk ni? bagi yang tak pernah cuba, actually produk ni dah lama kat pasaran. aku start guna pun tahun 3 tahun yang lalu. Hiruscar ni ada banyak function, tapi specialised for scars laa.
ni rupa Hiruscar tuu...

Hiruscar ni adalah dalam bentuk gel dan saiz tiubnya kecik je. picit sikit je dah cukup. bila pakai tu sejuk je rasa. 3 tahun yang lalu aku guna bukan untuk scar, tapi untuk suka suki. aku main letak je kat mana-mana yang aku nak even kat tempat nyamuk gigit aku. guys, ianya sembuh ok dan tidak meninggalkan parut langsung. very recommended to you guys yang nak pudarkan parut secara selamat. 
produk ni boleh didapati di guardian, watson dan mana-mana farmasi dengan harga around RM16.90. rating 9/10. try it !

Friday, May 25, 2012

REVIEW : Nano White Polishing Renewal Exfoliator

assalamualaikum....
before this aku dah buat review pasal produk BE kan, so kali ni aku nak buat review produk Nano White pulak. alaaa kak, yang duta dia Diana Danielle tuu. hihihihihihihihih... product of the day hari ini ialah Nano White Polishing Renewal Exfoliator.

imej ihsan google

dah guna produk ni selama 3 bulan tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi. harga kat pasaran adalah sekitar RM23.90 kalau aku tak silap. agak berbaloi jugak laa untuk beli. dan yang paling penting, produk ni ada logo halal.

exfoliator ni dalam bentuk gel yang jernih. sangat bagus sebab dia buang daki dan kulit mati. lepas urut muka selama seminit, segala kotoran kat muka memang jelas terbuang. boleh nampak exfoliator ni kumpulkan sel kulit mati kita macam habuk pemadam. lepas bilas muka, sure rasa bersih je dan segar. thumbs up!

for the disadvantages, pertama sekali pencerahan tu tak nampak sangat dan tak perasan pun kulit muka tu mencerah. kedua, lepas bilas tu rasa macam muka tu still licin seakan-akan 'bersabun', maksud aku, tak kesat. so after bilas muka tu rasa macam tak selesa. ketiga, exfoliator ni tak bersihkan minyak kat muka.just buang kulit mati je. therefore, i guess tak sesuai bagi yang kulit berminyak.

overall, aku kasi 7.5/10 laa sebab dia buang sel kulit mati kann. aku suggest korang janganlah selalu guna exfoliator ni. seminggu dua tiga kali guna pun dah cukup. jangan selalu sangat exfoliate (kupas) sel kulit.
will i repurchase? yes. 

REVIEW : Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen & Whitening Cleanser

assalamualaikum....
hari ni nak buat review pasal cleanser yang aku guna sekarang ni. untuk pengetahuan, aku guna cleanser ni bukan sebab aku banyak duit, tapi sebab aku tak tahu nak beli cleanser apa bila dah masuk dalam guardian. ok ok, senang cakap aku rambang laa. akhirnya, aku beli benda yang bukan dalam list aku. 



mesti ramai yang tahu Bio Essence ni antara brand yang mahal jugak la dalam pasaran. dan mungkin ramai jugak yang tak tahu or maybe tak pernah pun nak pandang brand BE ni. seriously say, aku pun macam tu. BE ni antara skincare products yang aku tak pernah guna sebab 'harga' dia yang buat orang speechless. haha. actually harga dia berpatutan laa. hee~

so bagi korang yang mengalami masalah kulit yang dah 'tak tegang', boleh lah try produk ni. aku beli pun bukan sebab nak 'menegang', tapi sebab masa tu ada promotion. wekk. tu pun CLEANSER je laa. harga asal cleanser sebelum promotion adalah sekitar RM24+, but after discount teruss jadi RM18. sangat worth it laa masa tu sebab dia bagi free 30ml botol kecik. so far, dah guna cleanser BE ni selama sebulan.

antara perubahan yang aku alami, 
pimple scar semakin memudar hari demi hari since hari pertama aku pakai cleanser tu. hari pertama tak nampak sangat laa, hari ketiga tu baru terasa kepudarannya. aku ni tak boleh kalau ada pimple naik, aku mesti nak 'kacau' sebab aku geram. tapi aku nasihatkan laa, yang tak biasa 'mengacau' pimples tu jangan laa cuba-cuba nak kacau. kadang-kadang tak menjadi sampai boleh jadi parut 'selamanyaa'. so far, aku takde lagi kena macam tuu. tak nakk.

selain daripada pemudaran scar, cleanser BE ni jugak sangat lembut kat muka. lepas basuh muka tuu muka tak rasa tegang langsung. sangat best dan cream dia pun tebal. maksud aku, masa basuh muka tuu, bila kita gosok dan terus dan terus dan terus gosok buih tu, lama kelamaan buih dia akan jadi tebal. aku suka buat. korang cuba la buat, best. heuheuheuheu.. dan lagi satu, bau dia bau sarang burung. tenang je aroma sarang burung tu. dan of course, takde pewangi or fragrance or perfume. LIKE!

disadvantage produk BE ni, first is PRICE laa. itu sudaah menjadi kemestian untuk produk yang baguss. tapi berbaloi.....
second, 'bird's nest + collagen'. hmm. aku tahu collagen ni bagus untuk kulit, dan bertambah-tambah power bila bergabung kuasa dengan bird's nest. akan tetapi, aku tak tahu apa penangan kuasa itu ke atas muka aku. tak nampak pun. yelaa, mungkin tak nampak sebab aku guna cleanser je. but at least bagi la perubahan. pleasee~ 
kalau nak kata anjal, aku cakap MAYBE... sebab aku tak tahu kulit muka anjal tu anjal macam mana. hihihihihihihi...
third, aku tak suka basuh muka 2 kali. kalau boleh nak sekali basuh je terus bersih. cleanser BE ni suka suruh aku buat kerja dua kali. tak sukaa.
fourth, memutih?? hmm... tidak... mungkin nak kena guna whole set kot baru berkesan. 

so untuk produk ni, aku kasi 8/10. 
repurchase? MUNGKIN. depends pada harga after discount.

*maaf jika entry ini tidak membantu.
buibui.......