Komen Kau

leave ur words or comments here. and oww don't forget ur link so i can reply u back. tc. :)

Tulislah apapun, privacy anda dijaga.

Monday, January 20, 2014

REVIEW : St. Ives Blemish Control Apricot Scrub

Assalamualaikum.....



another quick and short review from me. kali ni, aku nak review produk daripada luar negara (USA) which is St. Ives. berapa ramai yang dah pernah guna produk ni? aku rasa tak ramai yang guna sebab produk ni nampak macam tak menarik at the first impression. but actually, it's one of the best product yang aku pernah cuba! here's the review...

tak banyak rangkaian penjagaan muka St. Ives yang aku nampak dekat guardian or watson, mostly semuanya adalah scrub. actually scrub adalah penting untuk muka. dapat buang sel kulit mati agar kulit muka kita dapat tukar sel kulit yang baru. kelebihan yang lain korang boleh google.


so for this product - St. Ives Blemish Control Apricot Scrub, selain daripada terdapat butir-butir aprikot di dalamnya yang berfungsi sebagai agen skrub, ia juga mengandungi 2% Salicylic Acid yang berperanan sebagai acne treatment. best kan? instead of kita buang sel-sel kulit mati, kita juga dapat merawat jerawat. and dekat tiub produk ni pun kata dia dapat prevent blackheads and minimize pores.

through my personal experienced, produk ni dapat mengecutkan jerawat aku yang baru tumbuh dalam masa sehari je which is for me it was really AMAZING and FANTASTIC!! first time guna memang dah terpegun dengan scrub ni sebab dia bagi soft effect dan rasa halus sangat lepas basuh muka. cuma aku selang selikan penggunaan skrub ni. tak boleh skrub hari-hari tau, sama macam exfoliator. bukan tu je, produk ni pun dapat buang blackhead aku kat hidung dengan serta merta. not 100% vanished, but visibly dissapeared. BOMBASTIC!

skrub ni bergantung kepada si pengguna. what works for me might not work for you. ada pengguna yang tak suka dengan 'ketajaman' butir-butir skrub aprikot dia. ada yang rasa kulit macam nak luka bila skrub. masing-masing ada pendapat masing-masing. for me, it went well. cuma jangan skrub kuat sangat, macam tu memang la sakit. skrub slow-slow je, you'll feel refreshed after rinse. dan lagi satu, jangan pepandai skrub area jerawat, bagi kena buih je cukup la. kang menyesal tak sudah. hehe.

for short, advantage produk ni :
- dapat kecutkan jerawat
- kulit muka rasa bersih dan lembut selepas dibilas.
- produk dalam tiub yang besar. dengan penggunaan 2 atau 3 kali seminggu, produk ni boleh tahan lebih dari 3 bulan. sangat tahan lama.

disadvantage produk ni :
- masa bilas tu ada bau chemical sikit. aku rasa tu salicylic acid kot. don't worry, rata-rata produk untuk jerawat memang mengandungi salicylic acid.

harga pasaran : RM 18.90 something
untuk rating, aku bagi 9/10.
repurchase? YES!

22 comments:

  1. Replies
    1. kat drugstore macam watson, guardian mesti ada.

      Delete
  2. If pakai nih ada tak jadi kulit menggelupas?

    ReplyDelete
  3. Watson byk jual..tq 4 d info..mmg da lme nak beli tp still was2 pdahal da rmai yg ckp scrub st ives terbaekk..

    ReplyDelete
  4. akak pakai berapa kali seminggu? so kiranya waktu hari yg akak tak pakai scrub tu akak pakai normal cleanser la ye? sbb saya baru je beli

    ReplyDelete
  5. @natasyakhirudin - untuk kulit saya, tiada pengelupasan. ok je dear.
    @anonymous - pakai 2 kali je seminggu, isnin dan jumaat. hari lain pakai pencuci muka biasa. nanti buat review ye dear.

    ReplyDelete
  6. saya ade beli. tapi bila baca kat belakang tube dye cakap boleh guna hari2. bergantung kepada kulit. klu ok boleh guna 1-3 kali sehari. if not once daily is enough. confius jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya scrub ni tak boleh guna hari-hari. dua kali seminggu pun dah ok. sebab scrub ni function dia lebih kurang nak buang sel kulit mati. so tak boleh la hari-hari buang sel kulit kan hehehe. saya suggest guna seminggu dua kali je.

      Delete
  7. Kak pakai scrub je ke? Cleanser pakai st ives jgk or jenama lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dear, saya guna scrub je. cleanser saya guna jenama lain. scrub apricot ni dia kasar sikit, kalau rasa sakit kat kulit, saya suggest guna yang green tea. molekul scrub dia lembut je dan halus-halus.

      Delete
  8. Kalau cleanser dia dri jenama yg sma boleh pakai 2-3 kali ke utk siangn malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cleanser tak pe, pakai hari-hari pun takpe. tapi skrub ni jangan la hari-hari. pakai seminggu dua kali pun dah cukup.

      Delete
  9. Hye sis, kulit sy skrg jenis blemish redness mcm burn, oily sikit, sensitive and acne prone. So klu pakai st ives apricot ni, is it suitable?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suggest sis rawat dulu masalah kulit sis dengan skincare yang sesuai. Sebabnya st ives scrub ni function dia lebih kepada buang sel kulit mati.

      Delete
  10. Highly recommended guna scrub ni & then cuci muka pakai cetaphil gentle cleanser. Terdapat kat drugstore like watson & guardian. Pastu nak tidur malam pakai bio essence rose water.(also available at drugstore) tunggu sampai kering pastu baru moisturise muka korang 😉 i prefer cetaphil moisturiser 😊

    ReplyDelete
  11. i pun baru cuba, memang best sangat. kulit rasa bersih! menyesal tak guna dari awal. cleanser saya guna cetaphil

    ReplyDelete
  12. Utk kulit yg berjerawat , x boleh ke nak pakai scrub yg ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna yang scrub green tea. Kalau yang ni tekstur dia agak kasar, green tea tu halus.

      Delete
  13. Dlm sehari tu sis pkai brp kali?

    ReplyDelete
  14. Sekali je, anytime, sama ada siang atau malam.

    ReplyDelete