another quick and short review from me. kali ni, aku nak review produk daripada luar negara (USA) which is St. Ives. berapa ramai yang dah pernah guna produk ni? aku rasa tak ramai yang guna sebab produk ni nampak macam tak menarik at the first impression. but actually, it's one of the best product yang aku pernah cuba! here's the review...
tak banyak rangkaian penjagaan muka St. Ives yang aku nampak dekat guardian or watson, mostly semuanya adalah scrub. actually scrub adalah penting untuk muka. dapat buang sel kulit mati agar kulit muka kita dapat tukar sel kulit yang baru. kelebihan yang lain korang boleh google.
so for this product - St. Ives Blemish Control Apricot Scrub, selain daripada terdapat butir-butir aprikot di dalamnya yang berfungsi sebagai agen skrub, ia juga mengandungi 2% Salicylic Acid yang berperanan sebagai acne treatment. best kan? instead of kita buang sel-sel kulit mati, kita juga dapat merawat jerawat. and dekat tiub produk ni pun kata dia dapat prevent blackheads and minimize pores.
through my personal experienced, produk ni dapat mengecutkan jerawat aku yang baru tumbuh dalam masa sehari je which is for me it was really AMAZING and FANTASTIC!! first time guna memang dah terpegun dengan scrub ni sebab dia bagi soft effect dan rasa halus sangat lepas basuh muka. cuma aku selang selikan penggunaan skrub ni. tak boleh skrub hari-hari tau, sama macam exfoliator. bukan tu je, produk ni pun dapat buang blackhead aku kat hidung dengan serta merta. not 100% vanished, but visibly dissapeared. BOMBASTIC!
skrub ni bergantung kepada si pengguna. what works for me might not work for you. ada pengguna yang tak suka dengan 'ketajaman' butir-butir skrub aprikot dia. ada yang rasa kulit macam nak luka bila skrub. masing-masing ada pendapat masing-masing. for me, it went well. cuma jangan skrub kuat sangat, macam tu memang la sakit. skrub slow-slow je, you'll feel refreshed after rinse. dan lagi satu, jangan pepandai skrub area jerawat, bagi kena buih je cukup la. kang menyesal tak sudah. hehe.
for short, advantage produk ni :
- dapat kecutkan jerawat
- kulit muka rasa bersih dan lembut selepas dibilas.
- produk dalam tiub yang besar. dengan penggunaan 2 atau 3 kali seminggu, produk ni boleh tahan lebih dari 3 bulan. sangat tahan lama.
disadvantage produk ni :
- masa bilas tu ada bau chemical sikit. aku rasa tu salicylic acid kot. don't worry, rata-rata produk untuk jerawat memang mengandungi salicylic acid.
harga pasaran : RM 18.90 something
untuk rating, aku bagi 9/10.
repurchase? YES!