Komen Kau

leave ur words or comments here. and oww don't forget ur link so i can reply u back. tc. :)

Tulislah apapun, privacy anda dijaga.

Friday, May 25, 2012

REVIEW : Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen & Whitening Cleanser

assalamualaikum....
hari ni nak buat review pasal cleanser yang aku guna sekarang ni. untuk pengetahuan, aku guna cleanser ni bukan sebab aku banyak duit, tapi sebab aku tak tahu nak beli cleanser apa bila dah masuk dalam guardian. ok ok, senang cakap aku rambang laa. akhirnya, aku beli benda yang bukan dalam list aku. 



mesti ramai yang tahu Bio Essence ni antara brand yang mahal jugak la dalam pasaran. dan mungkin ramai jugak yang tak tahu or maybe tak pernah pun nak pandang brand BE ni. seriously say, aku pun macam tu. BE ni antara skincare products yang aku tak pernah guna sebab 'harga' dia yang buat orang speechless. haha. actually harga dia berpatutan laa. hee~

so bagi korang yang mengalami masalah kulit yang dah 'tak tegang', boleh lah try produk ni. aku beli pun bukan sebab nak 'menegang', tapi sebab masa tu ada promotion. wekk. tu pun CLEANSER je laa. harga asal cleanser sebelum promotion adalah sekitar RM24+, but after discount teruss jadi RM18. sangat worth it laa masa tu sebab dia bagi free 30ml botol kecik. so far, dah guna cleanser BE ni selama sebulan.

antara perubahan yang aku alami, 
pimple scar semakin memudar hari demi hari since hari pertama aku pakai cleanser tu. hari pertama tak nampak sangat laa, hari ketiga tu baru terasa kepudarannya. aku ni tak boleh kalau ada pimple naik, aku mesti nak 'kacau' sebab aku geram. tapi aku nasihatkan laa, yang tak biasa 'mengacau' pimples tu jangan laa cuba-cuba nak kacau. kadang-kadang tak menjadi sampai boleh jadi parut 'selamanyaa'. so far, aku takde lagi kena macam tuu. tak nakk.

selain daripada pemudaran scar, cleanser BE ni jugak sangat lembut kat muka. lepas basuh muka tuu muka tak rasa tegang langsung. sangat best dan cream dia pun tebal. maksud aku, masa basuh muka tuu, bila kita gosok dan terus dan terus dan terus gosok buih tu, lama kelamaan buih dia akan jadi tebal. aku suka buat. korang cuba la buat, best. heuheuheuheu.. dan lagi satu, bau dia bau sarang burung. tenang je aroma sarang burung tu. dan of course, takde pewangi or fragrance or perfume. LIKE!

disadvantage produk BE ni, first is PRICE laa. itu sudaah menjadi kemestian untuk produk yang baguss. tapi berbaloi.....
second, 'bird's nest + collagen'. hmm. aku tahu collagen ni bagus untuk kulit, dan bertambah-tambah power bila bergabung kuasa dengan bird's nest. akan tetapi, aku tak tahu apa penangan kuasa itu ke atas muka aku. tak nampak pun. yelaa, mungkin tak nampak sebab aku guna cleanser je. but at least bagi la perubahan. pleasee~ 
kalau nak kata anjal, aku cakap MAYBE... sebab aku tak tahu kulit muka anjal tu anjal macam mana. hihihihihihihi...
third, aku tak suka basuh muka 2 kali. kalau boleh nak sekali basuh je terus bersih. cleanser BE ni suka suruh aku buat kerja dua kali. tak sukaa.
fourth, memutih?? hmm... tidak... mungkin nak kena guna whole set kot baru berkesan. 

so untuk produk ni, aku kasi 8/10. 
repurchase? MUNGKIN. depends pada harga after discount.

*maaf jika entry ini tidak membantu.
buibui.......

1 comment:

  1. Great personal review.Setiap produk do wonders differently on different skin type. Outer skim regime akan lebih berkesan dengan gabungan pengambilan suplemen untuk remaja dari dalam, seperti Set Kecantikan Kulit SHAKLEE. Dengan amalam yang konsisten, kulit lembap, jeragat pudar, pencerahan semulajadi secara selamat..tanpa kesan sampingan yang negatif, InsyaAllah.

    ReplyDelete